Pages

Sabtu, 10 Disember 2011

one of my bestiest beauty lady



tak tau nak cakap banyak dan tak mau jugak cakap banyak...
aku tulis entry ni special 4 u mydear yayunk buchuk anje alo tomey2.. cik NaDilla Shamsudin..4 ur birthday, 5th Dec aritu...(i know lambat..sorry.... =.=')


walaupun kita tak selalu bersama,
walaupun aku selalu je main2 bile cakap dengan kau,
walaupun aku sering menyusahkan kau bila kita buat assignment sama2,
walaupun aku tak selalu ada bila kau perlukan aku,
walaupun aku kadang2 macam tak ambil berat pasal kau,
walaupun ada ketikanya aku marah or buat2 marah kat kau...


aku nak kau tahu, 
aku selalu ingat kat kau, 
aku selalu harap kau stay 1 kolej dengan aku,
so that kita boleh lepak sama2,
tapi kau tak mau,but it's okay..


yang paling penting aku nak kau tahu aku sayang kau macam aku sayang cik Yati Kasir.. :)


i always wish the best for u my sis...insyaAllah
n may Allah bless u always...amin.


oke..memang kau sayang aku ketat2..terbukti! LOL

p/s: aku cayang kau ketat2 jugak <3 <3 <3
p/s: sory again sebab entry ni simple sangat n i've no present 4 ur besday..sorry.. :(

Rabu, 26 Oktober 2011

muka blog baru..ooo yeahh!

alhamdulillah...siap jua akhirnya!
setelah berjam-jam menghadap 'cik compaq' kesayangan, maka terhasillah template blog baru dan juga header yang 'nampak-sangat-nak-menayang-muka-bajet-hot' seperti yang anda semua lihat di atas..tadaaaa! cantik? tak cantik? lantak kau la..ada susahkan hidup aku ke kalau korang tak suka? haha  :-p
sebenarnya, cik aida ni tak de ape nak diceritakan..sekadar menulis seciput-dua je...sebab dah lama sangat tak update blog..teringin nak tulis entry panjang-panjang..banyak idea..tapi, M.A.L.A.S...hahaha..nanti-nanti la ye..ni dah tukar template harap-harapnya tak bersawang lagi la blog cik aida lepas ni..semangat kononnya..(hope so.. *ihiks)
sehingga berjumpa lagi nanti,kalau masing-masing panjang umur...

*terima kasih kepada senior bloggers yang ajar cara-cara nak buat header...bangga gila bile dapat buat sendiri! heh
*thanks juga pada one of mydearfriend sebab sudi snap2 then edit mypic (yang dalam header tu) bagi nampak ala-ala gorgeous gitu...aauuuww!! (perasan!)

dah la...itu je...tata..

assalamualaikum... :)

Sabtu, 17 September 2011

special entry for special gurl :)

assalamualaikum..dan salam sejahtera..


entry kali ni memang khas aku nukilkan buat seseorang..
seseorang yang aku kenal tidak berapa lama dahulu...
tapi impak kehadirannya dalam hidup aku ni memang dasyat..
tidaklah sedasyat fenomena letupan Gunung Merapi di Indonesia dulu tu...
juga tidaklah sesadis kes pembunuhan arwah Sosilawati..
namun..cukup besar makna kemunculannya dalam hidup aku ni
sebab dalam tempoh yang singkat,kami jadi rapat..
kami senang bersama...kemana sahaja selalu berdua...
kami memang sekepala...dia cepat je faham walau apa pun keadaan aku...
walaupun kadangkala kami berselisih pendapat..
namun akhirnya pendapat kami masih bersatu...
orangnya tak banyak cakap...tapi buah fikirannya selalu cekap..
dalam berfesyen memang dia kalah sikit dari aku...
kadang-kadang macam mak-mak pun ade jugak aku tengok...
tapi fesyen mak-mak tu lah yang lebih baik bagi dia...
yelah fesyen mak-mak biasanya tutup aurat dengan sempurna...
fasal tugasan pula..dia lah insan yang paling banyak berjasa..
bersengkang mata siapkan assigntment,dah jadi hobi dia...
sebab semua tugasan kami pasti bersama...
tapi selalunya dialah yang kerja lebih masa..
skema..itu dah memang style dia...
peraturan apa pun,dia bantai follow je..
nak ajak bersosial...memang jarang sekali...
pergi shoping..?Berjaya Time Square tu pun baru pernah sampai sekali..
bab berbelanja...memang aku tabik spring kat dia ni...
berkira...jimat cermat katanya...dah sifat azali barangkali...
fasal makan pula,kena jaga-jaga sikit..
dah nama pun skema,makan pun nak kena ikut peraturan jugak katanya...
kalau dia tak dapat nasi time lunch,boleh gigil-gigil sampai nak koma...
masa aku tak sihat...kat dia jugak la aku mengadu...
confirm dia simpati siap nak bagi ubat....
walaupun kadang-kadang aku mengada-ngada je tu...


entry ni ditulis pun sempena tarikh lahirnya yang jatuh pada tanggal 16 September hari tu...
ye..engkau la cik Yati Kasir...(tak payah nak buat muka terharu sangat okayy!)


(gelojoh aih bab makan :P )

terima kasih sebab kau sudi terima tawaran belajar di UM...
terima kasih sebab kau sudi duduk semeja dengan aku masa breakfast di suatu pagi dua tahun yang lalu...
terima kasih sebab kau sudi nak teman aku ke kelas lepas tu..
terima kasih sebab kau sudi nak berkawan rapat dengan aku sejak tu...
terima kasih sebab kau sudi datang lepak kat bilik aku,walaupun pernah bilik aku ditingkat paling atas..
terima kasih sebab kau sudi dengar bebelan,carutan,makian dan hamunan aku..
terima kasih sebab kau sudi tegur aku bila aku salah...
terima kasih sebab kau sudi teman aku kemana-mana aku nak pergi...
terima kasih sebab kau sudi belanja aku makan,minum,fotostat nota....
terima kasih sebab kau sudi susahkan cik abang kau masa kita nak buat assignment
terima kasih sebab kau sudi tumpangkan aku bermalam dibilik kau..
terima kasih sebab kau sudi bawa aku ronda-ronda Melaka...
terima kasih sebab kau sudi jadi pendengar setia masalah aku...
terima kasih sebab kau sudi tapaukan makanan dan hantar ke bilik aku..
terima kasih sebab kau sudi offer ubat kalau aku ngadu badan tak sihat..
terima kasih sebab kau sudi teman aku pergi klinik masa aku demam dulu..
terima kasih sebab kau sudi nak kongsi cerita dan masalah kau dengan aku...
terima kasih sebab kau sudi nak ingatkan aku tentang banyak perkara yang aku sering lupa...
terima kasih sebab kau sudi beri pendapat kau dalam banyak hal..
terima kasih sebab kau sudi pujuk aku untuk derma darah walaupun at last kau tak derma pun...
terima kasih sebab kau sudi melaram sama-sama dengan aku masa Dinner di kolej or APM...
terima kasih sebab kau sudi ambil subjek yang sama dengan aku sepanjang kita belajar kat sini...
terima kasih sebab kau sudi teman aku makan...
terima kasih sebab kau sudi tengok muka hodoh aku semasa aku nangis+meroyan pasal frust dulu...
terima kasih sebab kau sudi tandatangan kehadiran untuk aku kalau aku ponteng kelas...
terima kasih sebab kau sudi tunggu aku bersiap lama-lama...
terima kasih sebab kau sudi teman aku tengok cerita hantu..
terima kasih sebab kau sudi buat lawak spontan kau tu...
terima kasih sebab kau sudi celebrate birthday aku kat Popeye dulu...
terima kasih sebab kau sudi pinjamkan barang-barang kau pada aku..
terima kasih sebab selalu ingatkan aku time solat walaupun masa kita tengah syok shopping...


terima kasih untuk segalanya...
terima kasih ALLAH sebab munculkan kau dalam hidup aku...


(amek ko pic dak teemmookk XD)


Selamat Ulang Tahun Kelahiran...sahabat :)
hope our friendship will never ends...


p/s: cayang kau ketat-ketat la...



Sabtu, 23 April 2011

aku dah tak emo lagi..fullstop.

assalamualaikum w.b.t

hai semua! aku dah tak emo lagi..fullstop.

hahaha...(sila abaikan entry aku yang sebelum ni aku emo...fullstop.) tq~

entry kali ni aku juz nak share sebarangan aktiviti yang telah menjadi rutin harian aku sejak kembali ke kota metropolitan sejak 3 hari yang lalu..

disebabkan sekarang merupakan 'study week' dan lama lagi sebelum mula exam?!??
(seminggu je lagi pon ko cakap lama senah oiii??) 

*
**
***

ye,saya sangat suke study last minute!
(~_~)  
::. terok beno perangai...L*$#R!! .::

ok,fullstop.
tarik nafas,
sambung balik

so jadinye,
aku memang tak de keje nak dibuat selain study..
yyeeeaayy!!!

(^__^)

(boleh caye ke ko ni?)
 TREPPP juak bhaa!
hahahahahhaaha

okok..aku tau ade yang mula sangsi pe kejadah nye aku macam ni...aku saje je nak melepaskan kebuhsanan aku dengan tulis entry merapu camni...tp tak sangke,gajen jugak kamu2 semua nak bace sampai ke tahap ni..
hahahha

alolololo...aku gurau2 sajork
jangan sampai korang ckp
 "WTF pompuan garit ni?!??" sudeh le...

ni upah untuk korang yang rajin baca entry merapu ni...


amaran!!! : jangan bukak mulut beso2 masa gelak okkkaayyy!!takut kremm..huhu

sebenarnya,ni la aktiviti kurang berfaedah yang aku buat setelah tiga hari balik KL..
on9 untuk menjelajah FB dan youtube

kalau FB macam biasa la..on9,check notification,update status,komen2,chatting,stalking..erkk?? dan bla bla bla...

kalau kat youtube pulak,la ni aku rajin bena layan Maharaja Lawak...video yang atas ni kire antara yang paling lawak la bagi aku...
*cchhooiii..hampir putus urat ketiak aku gelak,
kalau de antre korg rase ni tak lawak,terpulang la..
aku faham,minat dan persepsi setiap orang memang berbeza.
Lumrah dunia.

selain tu aku jugak merupakan salah seorang daripada beribu-riban fans kepada rancangan
America's Next Top Model...
*uih..tetibe rase cam nak bajet howt pulak..
okkkaayy..five,six,seven,eight...
*jeling
*flip hair 
*catwalk
nahhh tu dia...tu dia!!!


amaran lagi!!! : toksah tgk byk kali dehh...dapat dose zina mata jek..terutama abe2 sekalian yep..

baiklah..apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ialah, ada masanya manusia normal macam kita semua perlukan hiburan..tapi jenis apa hiburan yang kita perlukan bergantung pada selera kita..(tepuk dada,tanya sama hati...~lalallaa)

selain itu,bila nak berhibur kita kenalah bijak memilih hiburan...pilih hiburan yang serasi dengan jiwa raga kita di samping ianya sekurang-kurangnya boleh mendatangkan kebaikan kepada kita..
kenapa aku cakap camtu?sedangkan dua contoh yang aku bagi di atas sebenarnya pon bukanlah contoh terbaik..tapi macam aku cakap tadi,bergantung kepada selera masing2..(dah aku minat,lantak haakkuu leerr)
meh aku explain..
macam Maharaja Lawak,dah sah2 kalau tengok rancangan ni memang tujuan kita nak gelak2 dan berhibur kan?tengok tajuk rancangan pun dah tau..tapi dalam kita sibuk2 gelak dengan lawak yang dorang buat..cubalah tafsir dengan baik mesej2 yang dorang cuba sampaikan. (bukan semua buat lawak bodo okaayyy?) insyaAllah akan datang kebaikan pada kita jugak kalau kita berjaya mentafsir dengan bijaknya..faham?

kalau ANTM pulak..okaayy,aku mengaku yang rancangan ni memang nampak macam tak berfaedah je..tengok perempuan2 sexy..kan ke dose?memang la..tapi aku suka amek iktibar dari rancangan tu..antara pengajaran yang aku dapat ialah;

1- perempuan cantik tak semestinya perfect as everyone thought.
(janganlah anggap aku ni perfect okkaayy..??errk?yep,aku bajet howtt kejap.. :P )

2- rupa paras yang cantik perlu diiringi dengan attitude yang baik,disamping otak yang bijak dan sebagai perempuan,kena berani untuk survive dalam hidup zaman moden yang semakin bertambah persaingan dalam apa jua bidang sekarang.
(kalau perangai korang sgt baik walau rupa tak cantik mana pon, insyaAllah korang lebih disayangi ramai berbanding dengan orang yang muka howt giler cam aku (bajet lagi) tapi perangai huduh. cam aku)

lagi satu,last but not least,berhibur tak salah,tapi jangan sampai tak ingat dunia..hiburan2 jugak..jangan lebih2 atau apa orang kate...?lagho?yep2..ha, itulah katenye...sudah la..okkaayy?biar berpada2..jangan sampai tertinggal yang wajib atau terlupakan hal yang seharusnya korang kerjakan..faham?

p/s: ni pandangan aku secara peribadi okay..kalau tak sama dengan korang,tak pe..its okay.
Lumrah dunia. 

masa aku berjam2 abis depan laptop ni lagi lagho..sudah2 la aiDa..kalau laptop ni boleh bercakap dah lama aku kena maki sebab dia terpaksa hadap muka aku hari2...hahahaha..sabo jela lappy tersayang ye...

itu je kot?
tataa semua
 wasalam

Khamis, 21 April 2011

aku emo..fullstop.

emosi aku terganggu...lately
"eemmm....jangan tipu hati sendiri aiDa"
ok...bukan lately
tapi sejak 'peristiwa itu'...

aku kini bukan lagi diri aku yang sebenar
aku hidup berpura-pura
pura-pura senang dengan hidup aku
pura-pura bahagia bila bersama orang ramai
pura-pura gembira pabila teman2 disekelilingku
tapi aku sedar 
aku kini bukan lagi diri aku 
seperti seadanya diriku 
sebelum berlakunya 'peristiwa itu'...

aku takut bila terpaksa duduk sorang2
aku takut bila aku sendirian tak berteman
sebab aku tau aku akan menangis 
menangis semahu2nya
aku meratap,merintih,mengeluh sendirian
sambil menangis hingga bengkak2 mata
setiap kali aku teringat 'peristiwa itu'...

aku emo?

entah...

dulu aku bukan macam ni
dulu aku bukan semurung ni
dulu aku tak pandai berpura-pura
dulu aku jarang benar tersentuh hati
jauh sekali ber'emo'

tapi kini...
ya..aku emo
kadang2
dan makin kerap
 air mata pula dah jadi teman tidur saban hari
semuanya selepas berlakunya 
'peristiwa itu'...

aku nak nangis puas2....macam malam2 sebelum ni

"tolong pinjamkan bahu"



Rabu, 20 April 2011

halo,halo! ^__^

as salam...

hai semua!

tata semua!

aik???

hahahahaha...gurau je la...senyum sikit... ^_____^

happy benau??sikit la....hehehehe...sebabnya?sekarang sedang rileks sementara menunggu mood belajar....sebenarnya aku dah nak exam ni,tapi tak study satu hape pon..ala..macam biasa,last minute study...dah biasa dah pon....elleehh....macam korang tak biasa buat...biasa kan..??ha,tak?!?!?owh ok..aku je yang camtu...?fine..bagus la kalau korang semua tak camtu...baik2 semua kawan aku yek... =P

bukan bertujuan untuk membebel panjang2...saje aku menulis ni sebab memang tak de keje nak dibuat...kebosanan...lagi satu sengaja nak tayang kulit baru blog aku ni....colorful kan?sesuai kot dengan tajuk blognye..hehe...korang suke?tak?macam biasa..do i look like i care??blog gua,hak gua la..hakhakhak... aku suka,tapi tak tau lah berapa lama plak bertahan kulit ni...tak tetap pendirian betul...ish ish ish (sambil geleng2 kepala) ^__^

ok lah,sebelum mengundurkan diri...selamat maju jaya buat semua kawan2...lebih2 lagi untuk kawan2 yang nak exam tak lama lagi...study elok2,jaga diri elok2,jawab exam elok2,semua2 pon diharapkan elok2 la ye... =)

wish me luck,and ill wish u more...ok?? ^___^

papai semua!

wasalam..

Isnin, 14 Mac 2011

tidak perlu terlalu sempurna...

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain....dan kamu juga yang akan MENYESAL....

Ahad, 13 Mac 2011

andainya kau tahu.....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Selasa, 1 Mac 2011

dunia magika cik aida

ccaaakkk!!haha..


as salam..dan salam sejahtera semua...hari ni cik aida bukan nak membebel panjang dan juga bukan nak story-mory bagai...cuma saje nak promote...blog cik aida ni dah bertukar wajah...daripada latar bunga-bunga kepada latar gula-gula...comel tak..?suka tak...?ha...tak...!?? err...lantak ko la tak suka...janji aku suka..hakhakhakhak..


ok lah...tu aje...salam sayang dari cik aida...mmmuuaah!!

Sabtu, 26 Februari 2011

SELAWAT SYIFA..mari amalkan..







ANTARA KHASIAT:

Khasiat Selawat Syifaa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :

1. Menyihatkan jasmani dan rohani.

2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.

3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.

4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
p/s:info diambil dari blog seseorang..harap dihalalkanlah....kalau ada kesilapan tolong betulkan ye...sharing is caring..tq..=)


muhasabah diri kejap....='(


dalam leka menikmati indahnya duniawi yang sebentar..sesekali renunglah perbuatan lalu..adakah semuanya sudah cukup untuk menghadapi ukhrawi yang abadi selamanya..??

p/s:sekadar renungan bersama...=)

Jumaat, 25 Februari 2011

penat lelah itu...rutin harianku

aip...
as salam..


lame dah tak menyonteng kat belog ni..almaklumlah,agk bz...bukan bzbody k..ttp sngaje mmbzkn dri dengan aktiviti2 yg lebih brfaedah...sekarang ni memang rutin harian aku agak padat..kelas,projek fakulti,latihan tarian,eseimen...dan lain-lain lagi la...penat tu,memang la...tapi aku faham,sume yg aku kerjakn tu pon akan bagi kebaikan untuk aku satu masa nanti jugak..insyaAllah...entry kali nih,aku juz suke2 nak ceta kat korang mengenai aktiviti2 yang aku penah join sepnjang bergelar mahasiswi UM ni...


sebgai permulaan,aku story penglibatan aku semasa 1st year...di kolej aku ni banyak sangat kelab2 yang aktif,sma ada dlm bidng sukan atau pun seni..yang aku interested,dah tentulah kelab2 seni...1st kelab yang aku join mase 1st year ialah kelab kompang...setelah pegi latihan untuk 2 @ 3 kali,aku quit sebab xlarat nak palu kompang lame2...nek bengkak tangan...haha...xdelah..sbnrnye,aku xdpt nk join sbb aku da trjatuh tangga hati dengan tarian tradisional Melayu..so,aku pun join la kelab tarian yang de di kolej aku ni yang diberi nama komersialnya 'Kelab Inderatari'...dibawah kelab ni,penah beberapa kali aku membuat persembahan...antaranya tarian endang untuk malam perasmian pesta deepam,tarian joget n inang tuk hari Ilham Seni di APM dan juga tarian pembukaan semasa majlis makan malam Maltis'10.aku join bukan skdar nak keja glamor pn..tapi sbb aku betol2 minat menari...aku sgt enjoy ble dpt menari walupun dgn bakat yang tak seberapa ni..


untuk projek pulak..di kolej kau penah join projek Fiesta Merdeka'09..yang mana kami menguruskan program sambutan hari kemerdekaan..masa ni aku jadi ajk biro teknikal..serabut gak sebab aku tak pernah pun terlibat dengan mana2 projek sebelum ni...tapi dengan pertolongan senior2 n membe2..lepas jugak la..kalau di fakulti..projek yang aku join ialah projek Malam Tautan Kasih..iaitu,malam dinner yang meraikan pelajar senior tahun akhir fakulti aku...masa ni agak seronok sikit sebab aku jadi ajk biro persembahan,yang mana aku kena buat persembahan tarian bersama beberapa rakan aku..huhu~


kegiatan lain...aku jugak sebenarnya salah seorang ahli kelab Drama kolej aku..masa sem 2 tahun prtama,ade satu pertandingan teater yang dianjurkan UM..dan aku merupakan salah sorang pelakonnya..bukan watak utama,pembantu jek..tapi..pengalaman tu..huhu..kami tak menang pun..tapi agak membanggakan jugak bila penyertaan kami disusuli dengan 8 pencalonan anugerah..(tapi satu pun tak sangkut..huh!)..tak pe lah..takde rezeki...walaubagaimanapun..kelab Drama pada tahun lepas telah pun diangkat sebagai kelab seni terbaik sepanjang sesi lepas disebabkan kemajuan yang kami tunjukkan..huhu..bangga rase~


setelah meningkat kepada tahun kedua...,
aku masih dengan kelab Inderatari...cuma aku lebih beri perhatian lebih berbanding sesi lepas..sepanjang sesi ni jek,dah 3 4 kali jugak aku naik pentas untuk perfom tarian bersama ahli kumpulan tarian yang lain..dan kemuncaknya ialah FESENI...lagi sehari jek ni sebenarnya..tak tahu la camne...huhu~


projek di fakulti pulak..masa sem satu hai tu,aku dilantik sebagai setiausaha 1 program interaksi junior..susah jugak jadi setiusaha ni..nasib baik semuanya baik2 sahaja..selain itu..aku jugak dilantik sebagai salah sorang ahli Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Melayu,UM...besar jugak tanggungjawab..tapi persatuan ni tak bergerak aktif sangat...(syukur..haha~) next,aku pun telah dilantik selaku timbalan pengarah program Malam Tautan Kasih'11...mak aih...posting nak gempak2 jek..uish..tanggungjawab besar tu...~


seain itu jugak..di kolej aku jugak ada join kelab gamelan..yang mana aku selaku pemain gong..seronok sebenarnya main alat muzik dulu2 ni...mengasyikkan....tapi aku main alat yang simple2 jek..sebab aku pun juz ahli cedokkan asalnye..huhu..nevermind...dah jatuh hati dah pun....sayang cik gong aku tu..hak3~


setakat ni..itu sahajalah projek dan kelab yang aku join di UM ni..semua aktiviti yang aku join tu kalau diikutkan memanglah membebankan dan memenatkan aku..tapi setakat ni aku enjoy dengan ape yang aku buat...dan harapnya ilmu dan pengalamann yang aku cedok pada masa sekarang dapatlah dimanfaatkan satu masa nanti..insyaAllah...


ok lah..penat sudah..lagipun baru habis training tarian...wish me gud luck always plezz...n ill wish u more..huhu


salam sayang dari aku...tata titi tutu...!


as salam...

dunia itu..duniaku...

haippp!!salam sume..


sekarang ni da abes cuti tahun baru cina..dan aku pun da mulakan balik rutin hidup aku sbgai seorang mahasiswi..aku malas nak ceta life aku kat u ni..sume mende sama...entry kali ni aku nak share dengan korang kegiatan aku masa holiday aritu..aku dan segerombolan kawan aku telah pun pergi be'reunion' di Pengkalan Balak,Melaka. Sangat seronok....!!dah lama aku tak mndi laut..makin itam manis kulit ni jadinya..hhaahhaha..


start gerak dari rumah jam 10lebih..konon seperti yang dijanjikanla..tapi hampeh...tunggu punya tunggu membe2..gerak dalam kul 11 jugak jadinye...haishh..tapi tak pe..demi membe2 yang dah lame tak ketemu..so,sabor jek la..perjalanan pun dimulakan dengan menaiki 3 buah kereta,bersama-sama 9 orang bekas rakan sekelas aku masa form 6 dolu...lebih kurang tiga jam perjalanan,kami pon sampai lah di destinasi impian kami,iaitu Pengkalan Balak,Melaka..


sesampainya kami di sana, terus pegi cek in bilik sewa..letak2 barang then keluar ramai2 ke tepi pantai untuk menyantap makanan yang memang dah disediakan dari rumah lagi...memang kenyang sebab memang banyak sungguh makanan yang di bawa...tapi makanan yang menjadi pilihan ramai of coz la nasi lemak special Puan Esah a.k.a bondaku tersayang...siap bertambah lagi masing-masing makan..huhu~


lepas kekenyangan..kami salin pakaian dan solat Zuhur sebelum aktiviti diteruskan..mastermind reunion ni memang dah merancang beberapa permainan yang memang seronok ala2 kanak2 prasekolah..game yang dijalankan..
1. cari duit syiling dalam tepung-syiling kecik2 lak tu,seposen dan 20sen jek..plak tu tepung dorang campur dengan pasir pantai..eeuuww..kejam!
2. habiskan 10 biji pisang secepat yang mungkin..game ni lagi kejam..dah la masing2 tengah kekenyangan sebab makan banyak sebelum tuh...senak perot...!
3. habiskan sepaun roti...yang ni maksima kejam..perot dah penuh lagi suh isi..adeehhh...aku dapat makan sekeping jek..terus kumpulan aku kalah...(T__T)
tapi yang sadisnya,setiap kumpulan yang kalah kena baling tepung..so..jadilah kami si muka2 zombie di tepi pantai hari tu..huhu~


lepas gila-gila main game..aktiviti diteruskan dengan acara mandi-manda..hohoho..ini yang seronok..dah lama gila tak mandi pantai...berendam lama-lama sampai kecut2 tangan dah..aku tak berenang pun sebab,tak pandai..haha..lepas dah beberapa jam berendam dalam air laut...kami pun naik...nasib baik la ingat lom solat Asar lagi..kalau x,sampai ke malam le aku berendam cam badak lam air laut tu...huhu..sebelum lek bilik ingat nak snap pic sunset...tapi sebab dah kepenatan ditambah pula dah dekat waktu magrib,so..niat dibatalkan..huuu~


aktiviti kami di waktu malam pula diteruskan dengan acara BBQ yang bermula jam 8 malam..kami bakar ayam, ikan n sosej...sangat sedap dan sangat banyak..sampai tak terhabis...lepas masing-masing dah kekenyangan,ingatkan dah boleh tidur dah..tapi masih ada lagi acara yang nak dilaksanakan...lepas dah kemas2 tempat makan tadi kami pon keluar merayau-rayau sekitar Melaka..masa tu jam dah pukul 11 malam dah...dan tempat pertama kami tuju..karoke!haha..rase cam tak senunuh gila bile anak dara ramai2 keluar pegi karoke malam2 bute dengan hanya ditemani 4 jejaka...adeehh,malu plak bile pikir gitu..tapi lantak la...bukan kami wat aktiviti tak bermoral pun..sekadar nyanyi2 menyumbangkan lagu sahaja..habis beberapa lagu...kami pun beredar setelah sejam di tempat karoke (lupe namenye..) tu...


lepas dah sakit2 tekak meroyan-royan dalam bilik karoke tadi,ingatkan dorang nak ajak balik...tapi sangkaanku meleset lagi..kali ni dorang ajak lepak dekat Melaka Raya katenye..aku pun xsure la betol ke x...lupe lagi namenye...tapi yang aku ingat tempat tu memang tak bape nak best sebab ia merupakan tempat kaki-kaki pancing memancing ikan dan juga tempat mat-mat rempit atau mat-mat keta memancing 'anak ikan'..hahahaaha...kami lepak kat situ pun tak lame sebab  2 3 mulut yang bising sebab kebuhsanan...so,perjalanan diteruskan lagi..kami ronda-ronda sekitar bandar Melaka sampai sesat2 lagi...(yang ni memang salah aku,sebab aku yang drive..huhu~)


kemudian,kami terjumpa funfair..(haha..memang nak pegi pun)..kami pun main menatang pusing2 laju tuh...memang seriau gila aku..tak penah umur hidup aku main menatang tu..lepas tu,kononnya dengan rasa berani naik sorang2 tanpa teman...masa menatang tu duk pusing2..ase nak tercampak jantung aku ni...masa tu lah tibe2 ingat kat orang2 tersayang..(acececeh...ase mcm dah mati sangat la plak..)..nasib baik aku tak rasa pening2 ke lepas naik menatang tu..sebabnya aku kena drive lagi..kalau tak..memang tido kat funfair beramai-ramai la jawabnya..huhu..setelah kepenatan meronda-ronda dan main menatang2 yang ade kat funfair tu..kami pun buat keputusan untuk balik ke bilik sewa memandangkan jam pun sudah menunjukkan pukul 3pagi...sampai2 jek..kawan yang sebilik dengan aku tu terus rebah,lena diulit mimpi..aku??solat dulu..lepas tuh terus pengsan sampai pagi..tak hengat dunia punye aku tido..(selalu pun camtu..hak3)


pagi esoknya,jam 9...kami sarapan..menu nasi lemak...sesudah sarapan,kami kemas2 tempat makan..tibe2 ade konflik sikit..sebab ade yang plan nak jalan2..aku plak nak mndi laut..adehh..ni yang xsyiok ni..at last,aku wat hal ikut kepala aku jek..sape nak mandi laut ikut aku..sape tak mau terpulang...kemudian,aku pun mandi laut ditemani 4 orang membe aku yang nak lepaskan gian mandi laut..hahaha..puas!tengah hari..kami pun bergegas naik bilik sewa n bersiap-siap untuk cek out...lepas cek out..kami lepak tepi pantai lagi untuk kali terakhirnya untuk menikmati juadah makan tengah hari..menu nasi dengan kari ayam...sedap..tapi aku tak suke sebab perut aku ni jenis sensitip bab2 lauk kari ni..tapi nak tak nak,aku bedal n abiskan jugak sebab kelaparan...sesudah makan,ada pulak acara penyampaian hadiah untuk game yang kami main semalam..terpancar kegembiraan di muka masing2 sebab semua pun dapat hadiah dan hamper...sangat adil..!


lepas bagi2 hadiah dan bergambar sakan..kami bertolak dari Pengkalan Balak..hajat di hati masing-masing nak ke Bandar Hilir..tapi disebabkan kesesakan jalan raya yang berlaku,kami batalkan niat..terus bertolak balik ke Palong..dalam perjalanan,kami singgah sekejap di Menggong untuk hantar salah sorang membe yang join..mas kat sini lah berlaku peristiwa agak pahit..bila salah sorang membe aku yang drive kete terexcident..adehh...spoil la...dan disebabkan hal itu jugak la..aku terpakse lagi drive keta sebab die dah shock,tak berani nak drive..cuak jugak sebab aku dah lame tak drive dan aku bukannya ade lesen!perjalanan lak masih jauh...tapi cuak-cuak aku pun..Alhamdulillah..selamat jugak sampai ke Palong dalam pukul 7 malam..


sesampai jek aku kat rumah..mula lah sesi bercerita dengan mak aku...semua kegiatan aku habis disoal siasat..aku pun ceta habis lah kat mak aku...reaksi mak aku..??ok..mak aku sporting gila k..hahaha..
kemudian...aku kemas2 barang sikit dan terus tidur sehingga lah pagi esoknya akibat kepenatan...uuiiisshhh...


fuuhhh...setel jugak cerita pasal reunion aku ni...punya lah lame aku nak siapkan..cerita ni sebenarnya lama dah aku mulakan,tapi abru sekarang dapat siapkan sebab aku memang sangat sibuk lepas cuti raya cina hari tu..n sedikit komen aku untuk aktiviti reunion hari tu...


1. aku sangat enjoy!seronok dapat hang out dengan membe2 yang dah lame tak jumpe...nak2 time mandi laut..syiiookk uhh..!
2. credit to Ema dan Eze kerana penat2 kerah tenaga untuk organize projek ni...thnk u n luv y'all
3. bangga lak dengan diri sendiri sebab berani buat keje2 yang selama ni aku tak bape berani nak buat-naik menatang pusing laju2 kat funfair n driving tanpa license...(bijak!)


ok lah..rasanya.itu jek kot...hopefully,dapatlah bergumbira lagi bersama teman2 macam reunion hari tu...insyaAllah...


sehingga ketemu lagi...salam sayang...mmuuaahhh! =))
*dont know what to say anymore.....ZZZZzzzzZZZZzz..

Khamis, 17 Februari 2011

tak baca pun tak apa...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....


lame bebeno aku tak hupdate blog bunga-bunga aku ni..alasan?sila cekidout;


1-sibuk (klise jek...=P)


2-malas (sifat lahiriah ni...tak leh nak watpa lah)


3-tak de idea...ha..yang ni dengan jujurnya aku ngaku aku tipu..sebenarnya,banyak jek mende aku nak habaq mai kt ampa suma..tapi disebabkn alasan 1 dan 2 sangat mempengaruhi rutin harian aku se, 2, 3 menjak ni..so...aku pun xupdate2 la blog bunga2 ni...jadi nanti2 la aku update...k


insyaAllah jumpe lagi..c ya....


ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzZZZZZZZZZZZZZz..............(-----_----)

Isnin, 7 Februari 2011

cuti datang lagi

Cuti datang lagi..hooooyyeeaahhh..!! (1/2/11-1:30am)

Sekarang ni musim cuti bersempena Tahun Baru Cina...(eerrkk..bukan dah lepas ke..?) memang lah..aku tulis entry ni mase cuti daaa..dah takde keje gamaknya...huhu..memang pun..tapi sebelum tu...salam sume..dan selamat cuti!!hoho...

Kalau dihitung-hitung, hari ni merupakan hari ketiga aku di kampong halaman tercinta.. perasaan aku..?? damai, tenteram dan sejuk...?? haha..sekarang musim hujan la...seronok woi berbungkus dalam comforter sepanjang hari...tak mandi seharian pun takde hal..sebab,badan tak keluar peluh langsung..hujan pulak tak berhenti-henti sejak hari khamis yang lalu (laporan oleh puan mak)..maknanya,masuk hari ni..dah 5 hari berturut-turut lah hujan turun...ni nasib baik lah dah reda..aku tengok sejak petang tadi sampailah ke tengah malam ni tak de pun hujan lagi...alhamdulillah..syukur dengan rahmat yang Allah cucurkan sejak 5 hari yang lalu ni dan syukur jugak ianya da berhenti sebab dapatlah mak aku sambung niaga..kesian mak,dah 2 hari tak dapat meniaga macam selalu sebab hujan turun lebat sangat..tergendala sebentar aktiviti kegemaran beliau tu..huhu..’’its ok mom..hujan dah reda ni..teruskanlah kegiatan bermoral mak tuh k..?’’

Rutin aku sejak balik aritu; bangun pagi yang dah tak berapa nak pagi-mencekik-tengok tb sampaikan tb tengok aku plak-minum+makan petang-tengok tb balik sampai lah ke malam-kalau kebulur p mencekik lagi-sambung tengok tb-tidur sampai sok pagi..dan begitulah seterusnya...bosan..??tak aih..suke sangat..rasa diri ini bebas tanpa sebarang masalah..aku ada masalah ke..?malas pikir..bo layan...=P

Sebenarnya, sebelum cuti aritu, aku dan kengkawan setingkatan 6A1 ada buat rancangan nak mengadakan reunion..kalau ikut planning..3 dan 4 haribulan feb, bertempat di Pengkalan Balak,Melaka..tapi dengan melihatkan keadaan cuaca yang tak berapa nak baik ni,aku pun tak boleh janji sama ada rancangan tersebut dapat dijalankan or tak..tapi ape-ape hal..we’ll wait n see ajelah...jadi xjadi nanti aku hupdate la...(kalau gajen..hahaha)

Berbalik semula cerita hujan..(xabes lagi rupanya..) aku ade perasaan sedikit pelik la...bukan sebab hujan xberhenti-henti...itu normal daa...cume ‘timing’nye..seingat aku...masa aku kecik-kecik (umur k..?kalau nak tengok badan,skg pun tak beso2..) waktu hujan lebat gini hanya berlaku dalam sekitar bulan nov-dis jek...tapi sekarang lain plak..masa ujung tahun aritu memang cuaca agak sejuk,tapi xdelah hujan sampai banjir-banjir gini...ha..lupe nak story...iyee ngko...kampong aku banjir...sampai aku terpakse panjat dan duduk atas bumbung sementara tunggu pasukan penyelamat datang gara-gara rumah aku ditenggelami air...caye x?? xcaye...?? memang patut pun...sebab aku kelentong jek..hahaha...okok..kembali serius..sejujurnya,seumur hidup aku,aku tak pernah merasa keadaan banjir...alhamdulillah..tapi mak aku pernah cerita yang kawasan perkampungan aku ni pernah dilanda banjir suatu ketika dahulu..siap ada pasukan penyelamat datang naik bot lalu depan rumah lagi...tak dapat ku bayangkan..yelah..aku ni duk dalam N9..bukan kawasan target banjir pun..lagi la plak,kan ke N9 ni sebuah negeri yang kering sebab ia merupakan negeri yang paling kurang terima hujan saban tahun..??aish...entahlah...ntah fakta atau auta...aku pun dah lupe...rase macam pernah dengar fakta ni..(kalau salah..minta maaf lah ye..sile betulkan..hehe)

Ok lah..rasanya,aku pun dah mula banyak merapu daripada memberi info..baik kiranya aku stop dulu..len ari..insyaAllah..aku sambung lagi...salam sayang dari aku..ceewwaahh...hahaha..

Bubbye...mmuuaahh...=P

*adehhh...tetibe teringat ade eseimen nak disiapkan...ngantok la plak..tdo lu lah....huuhuhuhhuhu..

Jumaat, 7 Januari 2011

hari ini dalam sejarah dunia cik aiDa

salam...

entry hari ni aku tak mau la nak membebel lebih-lebih ala2 nyonya mansor dalam filem ibu mertuaku tuh kn...juz nk story yang aku terase sangat bahagia dan berbangga menjadi diri aku..huhu..untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku,aku telah pun berjaya menderma darah aku yang terlebih-lebih banyak ni (yeke?) dengan jayanya,tanpa sebarang komplikasi..alhamdulillah..sangat-sangat bahagia sebab memang da lame nak mencube,tapi tak berpeluang...mana tak nya,dulu badan ni tomey sangat..tak layak kot...ahhaha..lagi satu,tibe-tibe aku rasa bangga (belum tahap riak ok?) dengan empunya diri kerana telah berjaya menangani salah satu ketakutan dalam hidup aku...masa mula-mula memang takut sangat-sangat..rasa nervous tu toksah cakap la..siap aku buley praktis menari twist lagi sebelum nk pegi kat tempat menderma darah tuh..sebab teruja + risau punya pasal..hahahaha..masa kat tempat menderma tuh, iaitu di kolej kediaman kelapan..(kolej aku le tu...) sesi program tu bermula dengan pendaftaran, dalam jam 11 suku gitu..lepas tu, bila dah mendaftar ada la sesi 'cek-mengecek' kondisi tubuh badanku ini..semasa aku di'cek' tu beginilah sedikit sebanyak perbualan antara aku dengan makcik doktor yang cek aku tu...

makcik doktor : are u scared ha..?(selepas periksa tekanan darah aku gune mende alah yang pam kat lengan tu)

aku : (dengan muke neves) errr..sikit la...(aku agk sure tinggi,sebab tengah neves kan..?)

makcik doktor : i think u cannot donate la..u look pale..u see..ur finger,its pale..try u see my hand..its pink..it should be like this..(sambil tunjuk tapak tangan die kat aku..nak bandingkan la tu..huh)..i dont think u can donate ur blood...

aku : so,saya tak buleh derma la ni..?(aku bertanya sambil buat ekspressi muke kecewa bercampur tak puas hati)

makcik doktor : emm..n also ur weight seem like not suitable..what is ur weight?(buleh die tanye sambil wat muke cam bagus die..cettt!)

aku : last time i check,its around 48..tapi sekarang tak sure,sebab dah lama tak timbang..hehe (senyum kambing sat)

makcik doktor : try stand on there...(die tunjuk alat timbang yang ada standby kat sebelah die)

aku : ..... (tak cakap apa pun..ikut jek..)

makcik doktor : owh..its 47...(lepas kot...dun judge a book by its cover la mkcik..)..juz try the hemoglobin test on her plez (die bagi arhn kt staf yg de kt sblh die)

kendian, aku pon bergerak la pegi kat akak staf yang dimksudkn mkcik tu tadi..muke manis la sikit dari mkcik tadi,so ase kurang sikit neves..huhuhu..dekat akak tuh..sekali lagi keraguan mkcik tadi terhadap aku berjaya disangkal..setelah diuji,terbukti darah aku jenis yang boleh diderma..."hahahaha..pueh aty?" nk je aku tnye gtu kt mkcik tu..pastu mkcik tu xde tnye-tnye kt aku lg...hoho..masa kt akak tu gk aku bru dpt tau jnis drh yang slme ni dok menjalar ke seluruh urat saraf dalam badan aku nih dalam kategori A...serius aku suke..bak kate kwn baikku "padanla rsult slalu A"..hahaha..(xde kne mngena..dan kwn sye tuh pn skdr menyindir shje sbb rsult jrg2 beno dpt A..kui3..)

dan kemudian,bermulalah detik klimaks dimana darah aku disedut keluar..masa sebelum dicucuk tu,rase sangat takut..jenis aku ni plak bile da neves,mulelah mulut ni xreti-reti duk diam..kesian kt staf yg bertugs tuh nak mlayan mulut becok aku ni..(sabo jek la kak)..oleh sebab yang mencucuk aku tu adlah misi senior,so kurang ckit neves ni,sbb die pndai lak pjuk aku bg aku tenang...lagipn dekat dpan aku tuh de sorang staf laki muke jambu jek..so tak de la neves sangat..hahaha..ase ok la..mse die ccuk n msukkn tiub tuh jek yg sakit sikit..lps tuh da ase ilex da...setelah beberapa minit..maka selesailah satu beg (beg drh...bukn cam beg skolah tuh tau) darah aku disedut keluar..staf yang bertugas tuh pn bg mase tuk rest skjp kemudian siap bagi air milo pekat same cupcake coklat lagi..ssoooddaapp!!

selesai me'nyetel'kan air sme cupcake yg dberi tuh aku pun melangkah dengan pnuh gaya keluar dari bilik tempat menderma tuh..rasa happy dan bangga tu datang secara tibe-tibe..(tibe-tibe la plak kn..) bangga bila dapat buktikan pada diri sendiri yang aku boleh atasi peristiwa2 menakutkan sebegitu dan rasa happy sebab dapat air milo same cupcake dan ditemani abg ensem mase drme drh menderma darah pada yang memerlukan...moge2 dengan adanya sedikit dari darah aku tuh,dpt menyelamatkan nyawa orang yang belum tbe masenye dijemput Allah...n pesanan tuk penerima darah aku tu nt..jge bek2..jgn kasi drakula isap pulak..hahaha..saya halalkan drh2 yang sy dermakan tuh...huhu..

so pada korang-korang yang belom try mnderma darah tuh,pegi la...dun be scared..tak sakit mana pon..sumpah! (tapi effect die berbeza ikut individu gak sebenarnya..) tapi,selagi lom cube kita tak tau kan..?so..pe lagi..?pergilah menderma dara uupsss..darah..haha..tak salah kan tulun orang..pahala pon dapat..ammiinn..=)

k la..da lebih dari nyonya mansor plak aku mmbebel nih..stop cni dulu..tangan sakit da nih..huhu..papai..

salam..

*adehh...lenguh2 jek tangan nih...sakit bekas enjet xhilang lagi..huhuhu*