Pages

Sabtu, 10 Disember 2011

one of my bestiest beauty lady



tak tau nak cakap banyak dan tak mau jugak cakap banyak...
aku tulis entry ni special 4 u mydear yayunk buchuk anje alo tomey2.. cik NaDilla Shamsudin..4 ur birthday, 5th Dec aritu...(i know lambat..sorry.... =.=')


walaupun kita tak selalu bersama,
walaupun aku selalu je main2 bile cakap dengan kau,
walaupun aku sering menyusahkan kau bila kita buat assignment sama2,
walaupun aku tak selalu ada bila kau perlukan aku,
walaupun aku kadang2 macam tak ambil berat pasal kau,
walaupun ada ketikanya aku marah or buat2 marah kat kau...


aku nak kau tahu, 
aku selalu ingat kat kau, 
aku selalu harap kau stay 1 kolej dengan aku,
so that kita boleh lepak sama2,
tapi kau tak mau,but it's okay..


yang paling penting aku nak kau tahu aku sayang kau macam aku sayang cik Yati Kasir.. :)


i always wish the best for u my sis...insyaAllah
n may Allah bless u always...amin.


oke..memang kau sayang aku ketat2..terbukti! LOL

p/s: aku cayang kau ketat2 jugak <3 <3 <3
p/s: sory again sebab entry ni simple sangat n i've no present 4 ur besday..sorry.. :(

Rabu, 26 Oktober 2011

muka blog baru..ooo yeahh!

alhamdulillah...siap jua akhirnya!
setelah berjam-jam menghadap 'cik compaq' kesayangan, maka terhasillah template blog baru dan juga header yang 'nampak-sangat-nak-menayang-muka-bajet-hot' seperti yang anda semua lihat di atas..tadaaaa! cantik? tak cantik? lantak kau la..ada susahkan hidup aku ke kalau korang tak suka? haha  :-p
sebenarnya, cik aida ni tak de ape nak diceritakan..sekadar menulis seciput-dua je...sebab dah lama sangat tak update blog..teringin nak tulis entry panjang-panjang..banyak idea..tapi, M.A.L.A.S...hahaha..nanti-nanti la ye..ni dah tukar template harap-harapnya tak bersawang lagi la blog cik aida lepas ni..semangat kononnya..(hope so.. *ihiks)
sehingga berjumpa lagi nanti,kalau masing-masing panjang umur...

*terima kasih kepada senior bloggers yang ajar cara-cara nak buat header...bangga gila bile dapat buat sendiri! heh
*thanks juga pada one of mydearfriend sebab sudi snap2 then edit mypic (yang dalam header tu) bagi nampak ala-ala gorgeous gitu...aauuuww!! (perasan!)

dah la...itu je...tata..

assalamualaikum... :)

Sabtu, 17 September 2011

special entry for special gurl :)

assalamualaikum..dan salam sejahtera..


entry kali ni memang khas aku nukilkan buat seseorang..
seseorang yang aku kenal tidak berapa lama dahulu...
tapi impak kehadirannya dalam hidup aku ni memang dasyat..
tidaklah sedasyat fenomena letupan Gunung Merapi di Indonesia dulu tu...
juga tidaklah sesadis kes pembunuhan arwah Sosilawati..
namun..cukup besar makna kemunculannya dalam hidup aku ni
sebab dalam tempoh yang singkat,kami jadi rapat..
kami senang bersama...kemana sahaja selalu berdua...
kami memang sekepala...dia cepat je faham walau apa pun keadaan aku...
walaupun kadangkala kami berselisih pendapat..
namun akhirnya pendapat kami masih bersatu...
orangnya tak banyak cakap...tapi buah fikirannya selalu cekap..
dalam berfesyen memang dia kalah sikit dari aku...
kadang-kadang macam mak-mak pun ade jugak aku tengok...
tapi fesyen mak-mak tu lah yang lebih baik bagi dia...
yelah fesyen mak-mak biasanya tutup aurat dengan sempurna...
fasal tugasan pula..dia lah insan yang paling banyak berjasa..
bersengkang mata siapkan assigntment,dah jadi hobi dia...
sebab semua tugasan kami pasti bersama...
tapi selalunya dialah yang kerja lebih masa..
skema..itu dah memang style dia...
peraturan apa pun,dia bantai follow je..
nak ajak bersosial...memang jarang sekali...
pergi shoping..?Berjaya Time Square tu pun baru pernah sampai sekali..
bab berbelanja...memang aku tabik spring kat dia ni...
berkira...jimat cermat katanya...dah sifat azali barangkali...
fasal makan pula,kena jaga-jaga sikit..
dah nama pun skema,makan pun nak kena ikut peraturan jugak katanya...
kalau dia tak dapat nasi time lunch,boleh gigil-gigil sampai nak koma...
masa aku tak sihat...kat dia jugak la aku mengadu...
confirm dia simpati siap nak bagi ubat....
walaupun kadang-kadang aku mengada-ngada je tu...


entry ni ditulis pun sempena tarikh lahirnya yang jatuh pada tanggal 16 September hari tu...
ye..engkau la cik Yati Kasir...(tak payah nak buat muka terharu sangat okayy!)


(gelojoh aih bab makan :P )

terima kasih sebab kau sudi terima tawaran belajar di UM...
terima kasih sebab kau sudi duduk semeja dengan aku masa breakfast di suatu pagi dua tahun yang lalu...
terima kasih sebab kau sudi nak teman aku ke kelas lepas tu..
terima kasih sebab kau sudi nak berkawan rapat dengan aku sejak tu...
terima kasih sebab kau sudi datang lepak kat bilik aku,walaupun pernah bilik aku ditingkat paling atas..
terima kasih sebab kau sudi dengar bebelan,carutan,makian dan hamunan aku..
terima kasih sebab kau sudi tegur aku bila aku salah...
terima kasih sebab kau sudi teman aku kemana-mana aku nak pergi...
terima kasih sebab kau sudi belanja aku makan,minum,fotostat nota....
terima kasih sebab kau sudi susahkan cik abang kau masa kita nak buat assignment
terima kasih sebab kau sudi tumpangkan aku bermalam dibilik kau..
terima kasih sebab kau sudi bawa aku ronda-ronda Melaka...
terima kasih sebab kau sudi jadi pendengar setia masalah aku...
terima kasih sebab kau sudi tapaukan makanan dan hantar ke bilik aku..
terima kasih sebab kau sudi offer ubat kalau aku ngadu badan tak sihat..
terima kasih sebab kau sudi teman aku pergi klinik masa aku demam dulu..
terima kasih sebab kau sudi nak kongsi cerita dan masalah kau dengan aku...
terima kasih sebab kau sudi nak ingatkan aku tentang banyak perkara yang aku sering lupa...
terima kasih sebab kau sudi beri pendapat kau dalam banyak hal..
terima kasih sebab kau sudi pujuk aku untuk derma darah walaupun at last kau tak derma pun...
terima kasih sebab kau sudi melaram sama-sama dengan aku masa Dinner di kolej or APM...
terima kasih sebab kau sudi ambil subjek yang sama dengan aku sepanjang kita belajar kat sini...
terima kasih sebab kau sudi teman aku makan...
terima kasih sebab kau sudi tengok muka hodoh aku semasa aku nangis+meroyan pasal frust dulu...
terima kasih sebab kau sudi tandatangan kehadiran untuk aku kalau aku ponteng kelas...
terima kasih sebab kau sudi tunggu aku bersiap lama-lama...
terima kasih sebab kau sudi teman aku tengok cerita hantu..
terima kasih sebab kau sudi buat lawak spontan kau tu...
terima kasih sebab kau sudi celebrate birthday aku kat Popeye dulu...
terima kasih sebab kau sudi pinjamkan barang-barang kau pada aku..
terima kasih sebab selalu ingatkan aku time solat walaupun masa kita tengah syok shopping...


terima kasih untuk segalanya...
terima kasih ALLAH sebab munculkan kau dalam hidup aku...


(amek ko pic dak teemmookk XD)


Selamat Ulang Tahun Kelahiran...sahabat :)
hope our friendship will never ends...


p/s: cayang kau ketat-ketat la...



Sabtu, 23 April 2011

aku dah tak emo lagi..fullstop.

assalamualaikum w.b.t

hai semua! aku dah tak emo lagi..fullstop.

hahaha...(sila abaikan entry aku yang sebelum ni aku emo...fullstop.) tq~

entry kali ni aku juz nak share sebarangan aktiviti yang telah menjadi rutin harian aku sejak kembali ke kota metropolitan sejak 3 hari yang lalu..

disebabkan sekarang merupakan 'study week' dan lama lagi sebelum mula exam?!??
(seminggu je lagi pon ko cakap lama senah oiii??) 

*
**
***

ye,saya sangat suke study last minute!
(~_~)  
::. terok beno perangai...L*$#R!! .::

ok,fullstop.
tarik nafas,
sambung balik

so jadinye,
aku memang tak de keje nak dibuat selain study..
yyeeeaayy!!!

(^__^)

(boleh caye ke ko ni?)
 TREPPP juak bhaa!
hahahahahhaaha

okok..aku tau ade yang mula sangsi pe kejadah nye aku macam ni...aku saje je nak melepaskan kebuhsanan aku dengan tulis entry merapu camni...tp tak sangke,gajen jugak kamu2 semua nak bace sampai ke tahap ni..
hahahha

alolololo...aku gurau2 sajork
jangan sampai korang ckp
 "WTF pompuan garit ni?!??" sudeh le...

ni upah untuk korang yang rajin baca entry merapu ni...


amaran!!! : jangan bukak mulut beso2 masa gelak okkkaayyy!!takut kremm..huhu

sebenarnya,ni la aktiviti kurang berfaedah yang aku buat setelah tiga hari balik KL..
on9 untuk menjelajah FB dan youtube

kalau FB macam biasa la..on9,check notification,update status,komen2,chatting,stalking..erkk?? dan bla bla bla...

kalau kat youtube pulak,la ni aku rajin bena layan Maharaja Lawak...video yang atas ni kire antara yang paling lawak la bagi aku...
*cchhooiii..hampir putus urat ketiak aku gelak,
kalau de antre korg rase ni tak lawak,terpulang la..
aku faham,minat dan persepsi setiap orang memang berbeza.
Lumrah dunia.

selain tu aku jugak merupakan salah seorang daripada beribu-riban fans kepada rancangan
America's Next Top Model...
*uih..tetibe rase cam nak bajet howt pulak..
okkkaayy..five,six,seven,eight...
*jeling
*flip hair 
*catwalk
nahhh tu dia...tu dia!!!


amaran lagi!!! : toksah tgk byk kali dehh...dapat dose zina mata jek..terutama abe2 sekalian yep..

baiklah..apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ialah, ada masanya manusia normal macam kita semua perlukan hiburan..tapi jenis apa hiburan yang kita perlukan bergantung pada selera kita..(tepuk dada,tanya sama hati...~lalallaa)

selain itu,bila nak berhibur kita kenalah bijak memilih hiburan...pilih hiburan yang serasi dengan jiwa raga kita di samping ianya sekurang-kurangnya boleh mendatangkan kebaikan kepada kita..
kenapa aku cakap camtu?sedangkan dua contoh yang aku bagi di atas sebenarnya pon bukanlah contoh terbaik..tapi macam aku cakap tadi,bergantung kepada selera masing2..(dah aku minat,lantak haakkuu leerr)
meh aku explain..
macam Maharaja Lawak,dah sah2 kalau tengok rancangan ni memang tujuan kita nak gelak2 dan berhibur kan?tengok tajuk rancangan pun dah tau..tapi dalam kita sibuk2 gelak dengan lawak yang dorang buat..cubalah tafsir dengan baik mesej2 yang dorang cuba sampaikan. (bukan semua buat lawak bodo okaayyy?) insyaAllah akan datang kebaikan pada kita jugak kalau kita berjaya mentafsir dengan bijaknya..faham?

kalau ANTM pulak..okaayy,aku mengaku yang rancangan ni memang nampak macam tak berfaedah je..tengok perempuan2 sexy..kan ke dose?memang la..tapi aku suka amek iktibar dari rancangan tu..antara pengajaran yang aku dapat ialah;

1- perempuan cantik tak semestinya perfect as everyone thought.
(janganlah anggap aku ni perfect okkaayy..??errk?yep,aku bajet howtt kejap.. :P )

2- rupa paras yang cantik perlu diiringi dengan attitude yang baik,disamping otak yang bijak dan sebagai perempuan,kena berani untuk survive dalam hidup zaman moden yang semakin bertambah persaingan dalam apa jua bidang sekarang.
(kalau perangai korang sgt baik walau rupa tak cantik mana pon, insyaAllah korang lebih disayangi ramai berbanding dengan orang yang muka howt giler cam aku (bajet lagi) tapi perangai huduh. cam aku)

lagi satu,last but not least,berhibur tak salah,tapi jangan sampai tak ingat dunia..hiburan2 jugak..jangan lebih2 atau apa orang kate...?lagho?yep2..ha, itulah katenye...sudah la..okkaayy?biar berpada2..jangan sampai tertinggal yang wajib atau terlupakan hal yang seharusnya korang kerjakan..faham?

p/s: ni pandangan aku secara peribadi okay..kalau tak sama dengan korang,tak pe..its okay.
Lumrah dunia. 

masa aku berjam2 abis depan laptop ni lagi lagho..sudah2 la aiDa..kalau laptop ni boleh bercakap dah lama aku kena maki sebab dia terpaksa hadap muka aku hari2...hahahaha..sabo jela lappy tersayang ye...

itu je kot?
tataa semua
 wasalam

Khamis, 21 April 2011

aku emo..fullstop.

emosi aku terganggu...lately
"eemmm....jangan tipu hati sendiri aiDa"
ok...bukan lately
tapi sejak 'peristiwa itu'...

aku kini bukan lagi diri aku yang sebenar
aku hidup berpura-pura
pura-pura senang dengan hidup aku
pura-pura bahagia bila bersama orang ramai
pura-pura gembira pabila teman2 disekelilingku
tapi aku sedar 
aku kini bukan lagi diri aku 
seperti seadanya diriku 
sebelum berlakunya 'peristiwa itu'...

aku takut bila terpaksa duduk sorang2
aku takut bila aku sendirian tak berteman
sebab aku tau aku akan menangis 
menangis semahu2nya
aku meratap,merintih,mengeluh sendirian
sambil menangis hingga bengkak2 mata
setiap kali aku teringat 'peristiwa itu'...

aku emo?

entah...

dulu aku bukan macam ni
dulu aku bukan semurung ni
dulu aku tak pandai berpura-pura
dulu aku jarang benar tersentuh hati
jauh sekali ber'emo'

tapi kini...
ya..aku emo
kadang2
dan makin kerap
 air mata pula dah jadi teman tidur saban hari
semuanya selepas berlakunya 
'peristiwa itu'...

aku nak nangis puas2....macam malam2 sebelum ni

"tolong pinjamkan bahu"



Rabu, 20 April 2011

halo,halo! ^__^

as salam...

hai semua!

tata semua!

aik???

hahahahaha...gurau je la...senyum sikit... ^_____^

happy benau??sikit la....hehehehe...sebabnya?sekarang sedang rileks sementara menunggu mood belajar....sebenarnya aku dah nak exam ni,tapi tak study satu hape pon..ala..macam biasa,last minute study...dah biasa dah pon....elleehh....macam korang tak biasa buat...biasa kan..??ha,tak?!?!?owh ok..aku je yang camtu...?fine..bagus la kalau korang semua tak camtu...baik2 semua kawan aku yek... =P

bukan bertujuan untuk membebel panjang2...saje aku menulis ni sebab memang tak de keje nak dibuat...kebosanan...lagi satu sengaja nak tayang kulit baru blog aku ni....colorful kan?sesuai kot dengan tajuk blognye..hehe...korang suke?tak?macam biasa..do i look like i care??blog gua,hak gua la..hakhakhak... aku suka,tapi tak tau lah berapa lama plak bertahan kulit ni...tak tetap pendirian betul...ish ish ish (sambil geleng2 kepala) ^__^

ok lah,sebelum mengundurkan diri...selamat maju jaya buat semua kawan2...lebih2 lagi untuk kawan2 yang nak exam tak lama lagi...study elok2,jaga diri elok2,jawab exam elok2,semua2 pon diharapkan elok2 la ye... =)

wish me luck,and ill wish u more...ok?? ^___^

papai semua!

wasalam..

Isnin, 14 Mac 2011

tidak perlu terlalu sempurna...

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain....dan kamu juga yang akan MENYESAL....