Pages

Jumaat, 7 Januari 2011

hari ini dalam sejarah dunia cik aiDa

salam...

entry hari ni aku tak mau la nak membebel lebih-lebih ala2 nyonya mansor dalam filem ibu mertuaku tuh kn...juz nk story yang aku terase sangat bahagia dan berbangga menjadi diri aku..huhu..untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku,aku telah pun berjaya menderma darah aku yang terlebih-lebih banyak ni (yeke?) dengan jayanya,tanpa sebarang komplikasi..alhamdulillah..sangat-sangat bahagia sebab memang da lame nak mencube,tapi tak berpeluang...mana tak nya,dulu badan ni tomey sangat..tak layak kot...ahhaha..lagi satu,tibe-tibe aku rasa bangga (belum tahap riak ok?) dengan empunya diri kerana telah berjaya menangani salah satu ketakutan dalam hidup aku...masa mula-mula memang takut sangat-sangat..rasa nervous tu toksah cakap la..siap aku buley praktis menari twist lagi sebelum nk pegi kat tempat menderma darah tuh..sebab teruja + risau punya pasal..hahahaha..masa kat tempat menderma tuh, iaitu di kolej kediaman kelapan..(kolej aku le tu...) sesi program tu bermula dengan pendaftaran, dalam jam 11 suku gitu..lepas tu, bila dah mendaftar ada la sesi 'cek-mengecek' kondisi tubuh badanku ini..semasa aku di'cek' tu beginilah sedikit sebanyak perbualan antara aku dengan makcik doktor yang cek aku tu...

makcik doktor : are u scared ha..?(selepas periksa tekanan darah aku gune mende alah yang pam kat lengan tu)

aku : (dengan muke neves) errr..sikit la...(aku agk sure tinggi,sebab tengah neves kan..?)

makcik doktor : i think u cannot donate la..u look pale..u see..ur finger,its pale..try u see my hand..its pink..it should be like this..(sambil tunjuk tapak tangan die kat aku..nak bandingkan la tu..huh)..i dont think u can donate ur blood...

aku : so,saya tak buleh derma la ni..?(aku bertanya sambil buat ekspressi muke kecewa bercampur tak puas hati)

makcik doktor : emm..n also ur weight seem like not suitable..what is ur weight?(buleh die tanye sambil wat muke cam bagus die..cettt!)

aku : last time i check,its around 48..tapi sekarang tak sure,sebab dah lama tak timbang..hehe (senyum kambing sat)

makcik doktor : try stand on there...(die tunjuk alat timbang yang ada standby kat sebelah die)

aku : ..... (tak cakap apa pun..ikut jek..)

makcik doktor : owh..its 47...(lepas kot...dun judge a book by its cover la mkcik..)..juz try the hemoglobin test on her plez (die bagi arhn kt staf yg de kt sblh die)

kendian, aku pon bergerak la pegi kat akak staf yang dimksudkn mkcik tu tadi..muke manis la sikit dari mkcik tadi,so ase kurang sikit neves..huhuhu..dekat akak tuh..sekali lagi keraguan mkcik tadi terhadap aku berjaya disangkal..setelah diuji,terbukti darah aku jenis yang boleh diderma..."hahahaha..pueh aty?" nk je aku tnye gtu kt mkcik tu..pastu mkcik tu xde tnye-tnye kt aku lg...hoho..masa kt akak tu gk aku bru dpt tau jnis drh yang slme ni dok menjalar ke seluruh urat saraf dalam badan aku nih dalam kategori A...serius aku suke..bak kate kwn baikku "padanla rsult slalu A"..hahaha..(xde kne mngena..dan kwn sye tuh pn skdr menyindir shje sbb rsult jrg2 beno dpt A..kui3..)

dan kemudian,bermulalah detik klimaks dimana darah aku disedut keluar..masa sebelum dicucuk tu,rase sangat takut..jenis aku ni plak bile da neves,mulelah mulut ni xreti-reti duk diam..kesian kt staf yg bertugs tuh nak mlayan mulut becok aku ni..(sabo jek la kak)..oleh sebab yang mencucuk aku tu adlah misi senior,so kurang ckit neves ni,sbb die pndai lak pjuk aku bg aku tenang...lagipn dekat dpan aku tuh de sorang staf laki muke jambu jek..so tak de la neves sangat..hahaha..ase ok la..mse die ccuk n msukkn tiub tuh jek yg sakit sikit..lps tuh da ase ilex da...setelah beberapa minit..maka selesailah satu beg (beg drh...bukn cam beg skolah tuh tau) darah aku disedut keluar..staf yang bertugas tuh pn bg mase tuk rest skjp kemudian siap bagi air milo pekat same cupcake coklat lagi..ssoooddaapp!!

selesai me'nyetel'kan air sme cupcake yg dberi tuh aku pun melangkah dengan pnuh gaya keluar dari bilik tempat menderma tuh..rasa happy dan bangga tu datang secara tibe-tibe..(tibe-tibe la plak kn..) bangga bila dapat buktikan pada diri sendiri yang aku boleh atasi peristiwa2 menakutkan sebegitu dan rasa happy sebab dapat air milo same cupcake dan ditemani abg ensem mase drme drh menderma darah pada yang memerlukan...moge2 dengan adanya sedikit dari darah aku tuh,dpt menyelamatkan nyawa orang yang belum tbe masenye dijemput Allah...n pesanan tuk penerima darah aku tu nt..jge bek2..jgn kasi drakula isap pulak..hahaha..saya halalkan drh2 yang sy dermakan tuh...huhu..

so pada korang-korang yang belom try mnderma darah tuh,pegi la...dun be scared..tak sakit mana pon..sumpah! (tapi effect die berbeza ikut individu gak sebenarnya..) tapi,selagi lom cube kita tak tau kan..?so..pe lagi..?pergilah menderma dara uupsss..darah..haha..tak salah kan tulun orang..pahala pon dapat..ammiinn..=)

k la..da lebih dari nyonya mansor plak aku mmbebel nih..stop cni dulu..tangan sakit da nih..huhu..papai..

salam..

*adehh...lenguh2 jek tangan nih...sakit bekas enjet xhilang lagi..huhuhu*






Rabu, 5 Januari 2011

aku kah antara perempuan itu..?

Baru-baru ni sedang aku asyik melayari Facebook,aku ada terjumpa satu artikel dari page yang tak dikenali mengenai sedikit sedutan daripada peristiwa israk mikraj.So,dengan rase penuh prihatinnye aku teringin la nak share dengan kawan-kawan semua walaupun aku rasa ramai antara korang yang dah pernah bace atau mungkin dah hafal dah pun. Artikelnye tertaip sebegini....

Sayidina Ali berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” 

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. 

Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. 

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. 

Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. 

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. 

Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. 

Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

Perempuan kepalanya seperti khinzir dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. 

Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya."

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan memperoleh kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya: "Mengapa ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” 

(Hadis riwayat Bukhari)

tersentap hati ni bila baca..sedih rasa bila Rasulullah s.a.w sendiri mengaku yang kaum perempuan adalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka...lagi bertambah pilu hati ni sebab aku juga seorang perempuan dan tentulah sebagai seorang perempuan+manusia biasa aku tak lari daripada melakukan dosa...kalau nak dihisab,memang tak terkira banyaknya dosa yang aku pernah buat...walau banyak mana aku cuba bertaubat dan memohon keampunan Allah,tapi aku rasa masih banyak beban dosa yang aku tanggung...ya Allah..adakah aku antara perempuan itu..???jika ya...ampunilah aku,terimalah taubatku...aminn...

 

Selasa, 4 Januari 2011

yang baru hanyalah tahun...welcome 2011!

lama dah tak meninjau blog ni..ingatkan dah di'deactivated'kan secara automatik,tapi masih wujud lagi rupanya..sebelum ni ada jugak pasang niat nak deactivatekan jek blog ni (mood merajuk la plak) tapi tadi masa tengah duk merayap-rayap dari satu blog ke blog orang lain, tiba-tiba nafsu nak merepek dalam blog ni mari plak..so,taip jek la sekadar ape adenya..blog ni pun kalau ada antara kawan-kawan semua perasan da banyak mengalami kemajuan setelah ditukar kulit yang lebih bunga-bungaan..time kaseh la kat senior blogger yang pemurah hatinya nak share kaedah-kaedah yang waras lagi bijaksana macam mane kalau kita nak edit blog kita bagi cantik-cantik gitu...senang jek rupenya...time kasehlah ye..nanti share la lagi k =)

rasenye masih belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat tahun baru kepada  kawan-kawan sekalian..yelah,masih lagi dalam minggu pertama tahun 2011 ni kan..kire halal lah..so selamat tahun baru ye semua..semoga kedatangan tahun baru ni membawa lebih rahmat dari si DIA..(amin) dan harap-haraplah apa yang korang semua azamkan tahun ni menjadi kenyataan..aku?em..ade juge tanam azam,dari dulu lagi,tapi smpai umo pn dah nak masuk 22 tahun ni still aku tak tau tercapai atau tak azam aku tuh..haiisshh..(masalah budak ni)..korang nak tau ke pe azam aku?ala bukanlah segah impian orang lain yang misalnya nak terbang sampai ke bulan tu dan tidaklah sehebat sesetengah orang yang berimpian nak berkawen same anak raja...azam aku juz nak jadi insan yang lebih baik daripada sebelum ni..tp susah nak ukur tahap keberhasilannya azam aku nih..sebab sampai sekarang aku sendiri masih konpius sama ada aku dah jadi lebih baik or masih berperangai setan teruk..ai..entahlah..tuhan je lah yang tahu...

im a good girl with bad attitude


dah tak mau la guna prinsip cengginih..
nak camni lak buley?


im a good girl with no bad attitude
*aahhakzz3!!mane dapat deq non oi


mampukah aku....?
 
berubah daripada begini

*bukan gambar sebenar mangsa
 

menjadi sebegini..?
 


inshaAllah...=)



Isnin, 3 Januari 2011

di kala 'mood' jiwa-jiwa melanda



saya rasa sangat sedih bila dengar lagu ni
every words dalam liriknya betul-betul kena tepat kat batang hidung ni
hhuuuuuwwwaaaaa!!!! (T___T)
* p/s : sudah-sudah la tu air mate oi *

kuatlah kau wahai imanku...pasrahlah kau wahai hatiku...