Pages

Sabtu, 23 April 2011

aku dah tak emo lagi..fullstop.

assalamualaikum w.b.t

hai semua! aku dah tak emo lagi..fullstop.

hahaha...(sila abaikan entry aku yang sebelum ni aku emo...fullstop.) tq~

entry kali ni aku juz nak share sebarangan aktiviti yang telah menjadi rutin harian aku sejak kembali ke kota metropolitan sejak 3 hari yang lalu..

disebabkan sekarang merupakan 'study week' dan lama lagi sebelum mula exam?!??
(seminggu je lagi pon ko cakap lama senah oiii??) 

*
**
***

ye,saya sangat suke study last minute!
(~_~)  
::. terok beno perangai...L*$#R!! .::

ok,fullstop.
tarik nafas,
sambung balik

so jadinye,
aku memang tak de keje nak dibuat selain study..
yyeeeaayy!!!

(^__^)

(boleh caye ke ko ni?)
 TREPPP juak bhaa!
hahahahahhaaha

okok..aku tau ade yang mula sangsi pe kejadah nye aku macam ni...aku saje je nak melepaskan kebuhsanan aku dengan tulis entry merapu camni...tp tak sangke,gajen jugak kamu2 semua nak bace sampai ke tahap ni..
hahahha

alolololo...aku gurau2 sajork
jangan sampai korang ckp
 "WTF pompuan garit ni?!??" sudeh le...

ni upah untuk korang yang rajin baca entry merapu ni...


amaran!!! : jangan bukak mulut beso2 masa gelak okkkaayyy!!takut kremm..huhu

sebenarnya,ni la aktiviti kurang berfaedah yang aku buat setelah tiga hari balik KL..
on9 untuk menjelajah FB dan youtube

kalau FB macam biasa la..on9,check notification,update status,komen2,chatting,stalking..erkk?? dan bla bla bla...

kalau kat youtube pulak,la ni aku rajin bena layan Maharaja Lawak...video yang atas ni kire antara yang paling lawak la bagi aku...
*cchhooiii..hampir putus urat ketiak aku gelak,
kalau de antre korg rase ni tak lawak,terpulang la..
aku faham,minat dan persepsi setiap orang memang berbeza.
Lumrah dunia.

selain tu aku jugak merupakan salah seorang daripada beribu-riban fans kepada rancangan
America's Next Top Model...
*uih..tetibe rase cam nak bajet howt pulak..
okkkaayy..five,six,seven,eight...
*jeling
*flip hair 
*catwalk
nahhh tu dia...tu dia!!!


amaran lagi!!! : toksah tgk byk kali dehh...dapat dose zina mata jek..terutama abe2 sekalian yep..

baiklah..apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ialah, ada masanya manusia normal macam kita semua perlukan hiburan..tapi jenis apa hiburan yang kita perlukan bergantung pada selera kita..(tepuk dada,tanya sama hati...~lalallaa)

selain itu,bila nak berhibur kita kenalah bijak memilih hiburan...pilih hiburan yang serasi dengan jiwa raga kita di samping ianya sekurang-kurangnya boleh mendatangkan kebaikan kepada kita..
kenapa aku cakap camtu?sedangkan dua contoh yang aku bagi di atas sebenarnya pon bukanlah contoh terbaik..tapi macam aku cakap tadi,bergantung kepada selera masing2..(dah aku minat,lantak haakkuu leerr)
meh aku explain..
macam Maharaja Lawak,dah sah2 kalau tengok rancangan ni memang tujuan kita nak gelak2 dan berhibur kan?tengok tajuk rancangan pun dah tau..tapi dalam kita sibuk2 gelak dengan lawak yang dorang buat..cubalah tafsir dengan baik mesej2 yang dorang cuba sampaikan. (bukan semua buat lawak bodo okaayyy?) insyaAllah akan datang kebaikan pada kita jugak kalau kita berjaya mentafsir dengan bijaknya..faham?

kalau ANTM pulak..okaayy,aku mengaku yang rancangan ni memang nampak macam tak berfaedah je..tengok perempuan2 sexy..kan ke dose?memang la..tapi aku suka amek iktibar dari rancangan tu..antara pengajaran yang aku dapat ialah;

1- perempuan cantik tak semestinya perfect as everyone thought.
(janganlah anggap aku ni perfect okkaayy..??errk?yep,aku bajet howtt kejap.. :P )

2- rupa paras yang cantik perlu diiringi dengan attitude yang baik,disamping otak yang bijak dan sebagai perempuan,kena berani untuk survive dalam hidup zaman moden yang semakin bertambah persaingan dalam apa jua bidang sekarang.
(kalau perangai korang sgt baik walau rupa tak cantik mana pon, insyaAllah korang lebih disayangi ramai berbanding dengan orang yang muka howt giler cam aku (bajet lagi) tapi perangai huduh. cam aku)

lagi satu,last but not least,berhibur tak salah,tapi jangan sampai tak ingat dunia..hiburan2 jugak..jangan lebih2 atau apa orang kate...?lagho?yep2..ha, itulah katenye...sudah la..okkaayy?biar berpada2..jangan sampai tertinggal yang wajib atau terlupakan hal yang seharusnya korang kerjakan..faham?

p/s: ni pandangan aku secara peribadi okay..kalau tak sama dengan korang,tak pe..its okay.
Lumrah dunia. 

masa aku berjam2 abis depan laptop ni lagi lagho..sudah2 la aiDa..kalau laptop ni boleh bercakap dah lama aku kena maki sebab dia terpaksa hadap muka aku hari2...hahahaha..sabo jela lappy tersayang ye...

itu je kot?
tataa semua
 wasalam

Khamis, 21 April 2011

aku emo..fullstop.

emosi aku terganggu...lately
"eemmm....jangan tipu hati sendiri aiDa"
ok...bukan lately
tapi sejak 'peristiwa itu'...

aku kini bukan lagi diri aku yang sebenar
aku hidup berpura-pura
pura-pura senang dengan hidup aku
pura-pura bahagia bila bersama orang ramai
pura-pura gembira pabila teman2 disekelilingku
tapi aku sedar 
aku kini bukan lagi diri aku 
seperti seadanya diriku 
sebelum berlakunya 'peristiwa itu'...

aku takut bila terpaksa duduk sorang2
aku takut bila aku sendirian tak berteman
sebab aku tau aku akan menangis 
menangis semahu2nya
aku meratap,merintih,mengeluh sendirian
sambil menangis hingga bengkak2 mata
setiap kali aku teringat 'peristiwa itu'...

aku emo?

entah...

dulu aku bukan macam ni
dulu aku bukan semurung ni
dulu aku tak pandai berpura-pura
dulu aku jarang benar tersentuh hati
jauh sekali ber'emo'

tapi kini...
ya..aku emo
kadang2
dan makin kerap
 air mata pula dah jadi teman tidur saban hari
semuanya selepas berlakunya 
'peristiwa itu'...

aku nak nangis puas2....macam malam2 sebelum ni

"tolong pinjamkan bahu"



Rabu, 20 April 2011

halo,halo! ^__^

as salam...

hai semua!

tata semua!

aik???

hahahahaha...gurau je la...senyum sikit... ^_____^

happy benau??sikit la....hehehehe...sebabnya?sekarang sedang rileks sementara menunggu mood belajar....sebenarnya aku dah nak exam ni,tapi tak study satu hape pon..ala..macam biasa,last minute study...dah biasa dah pon....elleehh....macam korang tak biasa buat...biasa kan..??ha,tak?!?!?owh ok..aku je yang camtu...?fine..bagus la kalau korang semua tak camtu...baik2 semua kawan aku yek... =P

bukan bertujuan untuk membebel panjang2...saje aku menulis ni sebab memang tak de keje nak dibuat...kebosanan...lagi satu sengaja nak tayang kulit baru blog aku ni....colorful kan?sesuai kot dengan tajuk blognye..hehe...korang suke?tak?macam biasa..do i look like i care??blog gua,hak gua la..hakhakhak... aku suka,tapi tak tau lah berapa lama plak bertahan kulit ni...tak tetap pendirian betul...ish ish ish (sambil geleng2 kepala) ^__^

ok lah,sebelum mengundurkan diri...selamat maju jaya buat semua kawan2...lebih2 lagi untuk kawan2 yang nak exam tak lama lagi...study elok2,jaga diri elok2,jawab exam elok2,semua2 pon diharapkan elok2 la ye... =)

wish me luck,and ill wish u more...ok?? ^___^

papai semua!

wasalam..